Welcome


Tuesday, May 20, 2014

1.0 PENGENALAN


BAB 1
INDUSTRI DOBI

1.0       INDUSTRI DOBI
Pengetahuan merupakan asas penting bagi seseorang usahawan sebelum menceburi dunia perniagaan. Pengetahuan tidak hanya pada asas perniagaan secara amnya tetapi juga asas didalam bidang perniagaan yang menjadi pilihan. Manakala pengalaman merupakan pembelajaran yang paling baik dan berkesan bagi seorang usahawan. Perniagaan dobi merupakan sebuah perniagaan yang sedang berkembang dengan pesatnya. Ini terjadi kerana terdapatnya permintaan bagi perkhidmatan yang ditawarkan. Ini terdorong atas beberapa faktor antaranya adalah kesuntukan masa dan faktor cuaca.

Kesuntukan masa yang dimaksudkan di sini adalah ekonomi Malaysia kebelakangan ini membangun dengan pesatnya. Dan ini secara tidak langsung telah mengubah cara hidup masyarakat Malaysia yang semakin sibuk memenuhi tuntutan kerja dan sosial. Manakala faktor cuaca yang tidak menentu juga mendorong kepada pertumbuhan kepada perniagaan dobi. Membuka perniagaan dobi dilihat sebagai trend bagi kebanyakan usahawan. Banyak pusat dobi dibuka, dan telah menjadi satu pemandangan yang biasa apabila dalam satu kawasan perumahan terdapat lebih daripada satu kedai dobi. Usahawan menganggap perniagaan dobi sebagai satu perniagaan yang mudah untuk dijalankan, memberi keuntungan yang tinggi, memerlukan kos permulaan dan kos operasi yang rendah serta usahawan tidak memerlukan kemahiran atau kepakaran dalam mengawal operasi perniagaan.

Untuk membuka khidmat dobi, pengusaha perlu fikirkan apakah jenis dobi yang ingin dimulakan. Keputusan pemilihan akan bergantung kepada situasi kewangan dan faktor geografi. Strategi pemasaran juga perlu diambil kira dalam menentukan jenis dobi yang mereka mahu mulakan. Jika bukan dobi layan diri atau coin operated, mereka boleh memilih sama ada dobi lengkap ataupun hanya pick-up station.

·         Dobi lengkap – Segala operasi dobi akan dibuat di dalam satu kedai dari penerimaan tugas, tagging, sorting, lipat dan bungkus, menggosok dan juga cucian kering atau aquawash. Sangat menyenangkan untuk membuat semua operasi di dalam satu tempat kerana ia dapat mengurangkan kekeliruan pakaian. Melayan pelanggan juga menjadi lebih mudah, lagi-lagi kalau ada permintaan khas atau aduan yang boleh ditangani dengan segera, selain mampu untuk menyediakan perkhidmatan siap untuk satu hari. Mereka juga tidak perlu mempunyai pekerja yang hanya menunggu pelanggan. Pekerja yang bertugas dibelakang kaunter untuk membasuh atau menggosok boleh melayan pelanggan. Walaubagaimanapun, menyewa ruang yang besar untuk operasi menjadikan overhead yang besar kerana pembayaran sewa yang tinggi.

·         Pick-up station – mereka menerima tugas dobi di satu tempat, dan melaksanakan khidmat dobi tersebut di tempat yang lain. Tempat yang lebih strategik boleh dijadikan tempat operasi. Bagi yang kekurangan modal, mereka boleh menggunakan rumah sendiri untuk tempat operasi. Dengan keperluan ruang yang kecil untuk tempat penerimaan, maka mereka boleh memilih tempat yang selalu dilawati oleh potential customer tanpa perlu membayar sewa yang tinggi. Tempat penerimaan yang kecil, tidak bermakna jualan juga kecil. Penambahan cawangan juga mudah kerana mereka tidak memerlukan modal yang besar untuk membuka pick-up station yang baru.

Walaubagaimanapun, pick-up station tidak dapat memberikan khidmat yang cepat melainkan mereka melabur untuk alatan tertentu bagi membolehkan operasi tertentu di pick-up station. Pada kebiasaannya, menggosok dilakukan di pick-up station, dengan ini masa pekerja yang menunggu pelanggan tidak dibazirkan begitu sahaja. Pick-up station tidak dapat memberikan perkhidmatan basuhan atau cucian kering yang cepat. Model perniagaan pick-up station ini juga memerlukan pengusaha mempunyai sekurang-kurangnya dua cawangan. Cawangan pertama ialah tempat operasi, ini menjadikan pengurusan kedai dan pekerja lebih kompleks, berbanding mempunyai hanya satu dobi lengkap.





Setelah diteliti Dobi Lengkap adalah jenis perkhidmatan dobi yang paling digemari oleh pengusaha atau usahawan di Malaysia. Setelah dianalisis sebanyak 60 peratus menunjukkan jenis Dobi Lengkap yang paling digemari oleh usahawan Malaysia manakala 40 peratus lagi menunjukkan Pick-Up Station Dobi. Hal ini kerana Dobi Lengkap adalah jenis dobi yang dapat memudahkan pekerja melakukan tugas cucian mereka manakala jenis Pick-Up Station pula menyukarkan dan melambatkan pekerja melakukan tugas mereka.

Jika dilihat pada zaman ini dianggarkan lima buah kedai dobi secara purata akan dibuka didalam satu kawasan berikutan terdapatnya permintaan bagi perkhidmatan yang ditawarkan. Tetapi tidak kurang juga terdapat banyak kedai dobi yang tutup tidak sampai tempoh satu tahun usia perniagaan. Hal ini terjadi atas beberapa faktor iaitu pertama, melihat perniagaan dobi sebagai satu perniagaan yang mudah dengan membandingkan basuhan rutin dirumah, kedua, hanya melihat perniagaan dobi dari aspek keuntungan yang bakal diperolehi, ketiga, melihat perniagaan dobi sebagai satu perniagaan atau pendapatan sampingan, keempat, kurang persediaan dari segi modal, pengetahuan, pengurusan am dan akaun syarikat, kelima, kurang memberi penekanan didalam aspek operasi harian perniagaan, pengurusan am dan akaun syarikat, dan yang keenam, kurang memberi penekanan didalam aspek pemasaran dan promosi.

Pemilihan mesin dan peralatan yang betul merupakan aspek penting bagi perniagaan dobi. Ianya bergantung kepada jenis perniagaan dobi yang ingin diceburi samaada dobi runcit atau dobi komersial dan jenis perkhidmatan yang ingin ditawarkan oleh usahawan kepada pelanggan. Memilih jenama dan kapasiti mesin dan peralatan juga adalah penting. kesilapan didalam pemilihan mesin dan peralatan dobi boleh mendorong kepada tempoh pulangan modal akan menjadi lebih panjang daripada kebiasaan, membataskan aspek pemasaran, dan akan terdapat lambakan pada basuhan berikutan tiada kapasiti mesin dan peralatan yang bersesuaian.


Oleh itu, bakal usahawan disarankan untuk memahami akan perniagaan dobi, jenis perkhidmatan yang ingin ditawarkan, jenis pemasaran yang ingin ditawarkan dan kepada siapa perkhidmatan ini ingin ditawarkan sebelum membuat sebarang pembelian mesin dan peralatan agar tidak berlaku kerugian dimasa akan datang.

2.0 PROFIL PERNIAGAAN


BAB 2
PROFIL PERNIAGAAN

2.1 PENGENALAN
Perniagaan wujud apabila manusia mengkhususkan dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan yang mereka berkemahiran dan cekap. Perniagaan banyak memberi faedah kepada manusia kerana aktiviti-aktiviti perniagaan dapat memenuhi kehendak dan keperluan manusia dengan menyediakan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan sama ada di dalam negara atau diimport dari luar negara. Selain itu, perniagaan juga menjanakan keuntungan yang menggalakkan manusia berkecimpung dan mengembangkan perniagaan pulangan kepada pemilik-pemilik yang sanggup menghadapi risiko daripada pelaburan wang dan masa mereka. Salah satu perniagaan yang sering mendapat perhatian para usahawan adalah perniagaan dobi. Usahawan menganggap bahawa perniagaan dobi sebagai satu perniagaan yang mudah untuk dijalankan, memberikan keuntungan yang tinggi dan memerlukan kos permulaan serta kos operasi yang rendah.

2.2 LATAR BELAKANG
Nama Perniagaan       :           Dobi Hawa Enterprise
Alamat Berdaftar        :          PJS/2 Lorong 5 Taman Medan,46700 Petaling Jaya, Selangor
Tarikh penubuhan       :           1 April 2012
Jenis perniagaan          :           Perniagaan Milikan Tunggal
No. Telefon/Fax          :          0173669276
Alamat Email               :           delima@bursamalaysia.com
Nama Pemilik              :           Delima binti Abdul Razak
Modal Awal                 :           RM40, 000.00

Dobi Hawa Enterprise adalah sebuah kedai dobi yang telah didaftarkan secara rasmi pada 1 April 2012 dan merupakan perniagaan milikan tunggal milik Bumiputera. Adalah menjadi hasrat peniaga untuk turut serta di dalam perkembangan ekonomi kaum bumiputera menyumbang kepada ekonomi negara. Aktiviti perniagaan ini adalah menyediakan perkhidmatan kedai dobi seperti cucian kering dan cucian basah, menggosok dan melipat pakaian. Penawaran perkhidmatan ini khususnya ditujukan pada pelanggan yang bekerja sepenuh masa dan tiada masa untuk menguruskan aktiviti dobi di rumah dan tumpuan pada hotel atau kilang yang menggunakan perkhidmatan dobi.

 Pemilik perniagaan dobi ini adalah seorang wanita yang bernama Puan Delima bt Abdul Razak. Beliau telah melaburkan modal sendiri sebanyak RM40,000. Beliau tidak mendapatkan modal permulaan dari sebarang institusi pinjaman seperti bank kerana perniagaan adalah pemilikan tunggal yang tidak memerlukan modal yang banyak. Oleh itu, beliau mampu untuk menanggung modal permulaan tersebut. Melalui modal ini, pemilik dapat memulakan perniagaan dengan membeli trat tetap dan keperluan lain untuk menjalankan perniagaan. Pemilik telah membelanjakan sebanyak RM10,000 dalam pembelian mesin dan peralatan yang dibeli terus daripada pengedar utama. Namun begitu, sekiranya berlaku kerosakan pada mesin, pemilik akan menanggung perbelanjaan kos untuk membaiki mesin tersebut bergantung pada bahagian kerosakan.

Dobi Hawa juga telah membuka dua cawangan baru di sekitar Kuala Lumpur dalam tempoh tiga tahun. Ini membuktikan bahawa Dobi Hawa telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dari pelanggan yang menggunakan perkhidmatan dobi ini. Kedai dobi ini terletak di tempat yang trategic iaitu di kawasan perumahan dan deretan kedai. Selain itu, premis dobi ini mempunyai ruang letak kereta yang baik bagi memudahkan pelanggan keluar dan masuk dari premis dobi. Kedudukan kedai yang berada di tempat tumpuan orang ramai dan berada berdekatan kawasan perumahan serta kemudahan perkhidmatan yang disediakan menjadikan kedai dobi ini maju dan mampu meningkatkan keuntungannya.


3.0 PENGELUARAN SEMASA SYARIKAT


BAB 3
PENGELUARAN SEMASA SYARIKAT DAN SYARAT PENGURUSAN OPERASI

3.1 KEKUATAN
Dobi Hawa mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Kekuatan merujuk kepada kelebihan, keistimewaan atau kebolehan yang dimiliki oleh sesebuah organisasi. Kekuatan ini akan memberi kemampuan bersaing kepada organisasi.

3.1.1 Pekerja yang mahir
Dobi hawa mempunyai tiga orang pekerja yang melakukan tugas di dalam kedai dobi tersebut. Pekerja di Dobi hawa berpengalaman dalam melakukan tugasnya. Ini adalah kerana mereka telah bekerja lama di kedai  Dobi tersebut. Mengikut penelitian mereka melakukan tugas dengan cekap dan teratur serta lancar. Berdasarkan maklum balas yang telah diberikan oleh pelanggan mereka amat berpuashati dengan servis yang telah disediakan oleh Dobi Hawa tersebut. Apabila terdapat pelanggan yang ingin mencuci baju mereka terus datang jkepada pelanggan dan menguruskan tentang cucian tersebut.  Di Taman Medan ini terdapat banyak kedai dobi yang beroperasi namun pelanggan tetap ke Dobi Hawa kerana servisnya yang cekap dan laju. Selain itu pekerjanya juga tidak sombong dalam melayan kerenah

3.1.2 Harga yang kompetitif
Dobi Hawa menawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggan-pelanggannya. Kedai dobi ini mengambil keputusan untuk mengenakan harga yang berpatutan agar semua boleh menggunakan servis dobi mereka. Dobi Hawa mengenakan harga RM 3.50 untuk setiap kilogram cucian dan RM 2.00 untuk pengeringan bagi setiap kilogram. Berdasarkan pemerhatian harga ini amat berpatutan untuk dikenakan kepada pelangggan. Kedai dobi lain yang kami lihat menawarkan harga yang sangat tinggi kepada pelanggannya seperti RM 4.00 untuk setiap kilogram. Harga ini amat mahal memandangkan penduduk di sini puratanya mempunyai tangga gaji yang sederhana. Dengan harga ini ramai mereka yang mengmbil kesempatan untuk menggunakan servis yang disediakan oleh Dobi Hawa.

3.1.3 Lokasi yang strategik
Lokasi yang strategik amat penting untuk mendapatkan pelanggan yang ramai dan supaya perniagaan itu dikenali ramai. Begitu juga dengan Dobi Hawa yang mempunyai lokasi yang strategik dan mampu menarik pelanggan yang ramai. Dobi Hawa terletak di kawasan Taman yang mempunyai penghuni yang ramai dan rata-rata penduduk di sini bekerja dan ini meningkatkan lagi peratusan untuk mereka menggunakan servis yang disediakan oleh Dobi Hawa. Dobi hawa terletak di tengah kawasan Taman Dato Haron dan dikelilinya oleh penempatan pelanggan. Lokasi ini menyebabkan ramai yang berkunjung di Dobi Hawa berbanding dobi laian yang terdapat di situ. Mereka hanya berjalan kaki untuk pergi ke Dobi Hawa ini.

3.1.4 Mesin cucian yang baru dan berteknologi tinggi.
Kedai Dobi Hawa menggunakan mesin berteknologi tinggi dalam melakukan aktiviti cucian baju. Penggunaan mesin yang baru dan berteknologi tinggi amat penting buat Dobi hawa, ini adalah kerana mereka ingin menjaga kualiti cuaian yang mereka berikan kepada pelanggan Dobi Hawa. Antara mesin yang mereka gunakan ialah :

Bil
Jenis mesin
kuantiti
1
Mesin basuh MAYTAG 10.5 kilo kg
2
2
Mesin pengering MAYTAG 10.5 kg
2
3
Mesin basuh Europa 6.5 kg
2
4
Mesin pengering HAIER 5.0 kg
2
5
Wall fan FUJI AIR 26 in
1
6
Vacuum cleaner
1
7
Automatic booster pump
1
8
High pressure cleaner
1
9
Penggosok baju – steam REVERBERI
2
10
Papan gosok besar (steam)
2

 JADUAL 1: SENARAI PERALATAN DI DOBI HAWA
Kepelbagaian dan kecanggihan mesin ini akan membuatkan servis di Dobi Hawa semakin   lancar dan kapasiti pakaian yang boleh dicuci akan semakin meningkat. Apabila meningkat maka keuntungan akan semakin bertambah. Mesin yang digunakan ini juga akan berlainan daripada kedai dobi yang lain. Apabila ini berlaku maka ramai pelanggan lebih tertarik kepada mesin pencuci berteknologi baru ini.

3.2 KELEMAHAN
Disebalik kekuatan Dobi Hawa mempunyai kelemahan juga. Kelemahan merupakan keadaan  perniagaan atau syarikat dalam menghadapi pesaing yang mempunyai keterbatasan dan kemampuan dalam menguasai pasaran, sumber serta kepakaran. Kelemahan yang dimaksudkan dalam sesebuah perniagaan ialah keterbatasann atau kekurangan dari aspek sumber termasuklah sumber tenaga, kepakaran dan bahan mentah, kemahiran dan kemampuan yang menjadi penghalang utama bagi penampilan prestasi organisasi yang memuaskan. Seperti Dobi Hawa juga yang mempunyai kelemahannya yang tersendiri.

                   3.2.1 Tidak mempunyai pelanggan tetap
Pada permulaan perniagaan dijalankan sudah menjadi lumrah bahawa pelanggan masih lagi tidak mengetahui tentang kelebihan yang perniagaan itu tawarkan. Oleh itu pemilik dan pekerja perlu berusaha lebih giat menjalankan promosi untuk menarik pelanggan supaya dapat menembusi pasaran. Dobi Hawa terletak di kawasan taman yang juga terdapat banyak kedai dobi dan ini akan menyebabkan pelanggan perlu memilih untuk pergi mencuci di mana. Terdapat ramai pelanggan namun pelanggan akan memilih untuk mencuci di mana. Pelanggan yang datang ke Dobi Hawa ini juga bukanlah orang yang sama. Pelanggan akan bertukar dari hari ke hari. Terdapat juga pelanggan tetap namun tidaklah banyak kerana sudah menjadi lumrah manusia untuk mencuba sesuatu yang baru

3.2.2 Kurang dikenali
                 Perniagaan Dobi Hawa merupakan perniagaan yang kurang ternama jika dibandingkan  dengan dobi di Taman Medan ini. perniagaan Dobi Hawa ini mempunyai banyak cawangan di Cheras namun orang ramai masih tidak mengenali Dobi Hawa ini. mereka yang tinggal di Taman Medan ini sahaja yang mengenali Kedaii Dobi ini. pelanggan juga kurang mengetahui tentang kewujudan dobi ini yang sudah mempunyai banyak cawangan.

3.2.3 Persaingan
Dobi Hawa mempunyai pesaing yang banyak yang juga menjalankan perniagaan Dobi juga. Di setiap tempat terdapat kedai dobi yang juga dikunjungi pelanggan. Masalah paling besar juga berlaku apabila pesaing dobi hawa adalah kedai dobi layan sendiri (self service) yang mana amat mudah dan cepat tanpa perlu menunggu lama dan meninggalkan pakaian. Pelanggan pasti akan merasakan yang dobi layan sendiri lebih mudah dan cepat untuk pelanggan yang mementingkan masa. Persaing ini adalah antara cabaran terbesar yang perlu dihadapi oleh Dobi Hawa.

3.3 PELUANG
Peluang-peluang yang wujud memberi potensi kepada perniagaan untuk berkembang. Perkembangan perniagaan atau organisasi boleh dilakukan melalui penemuan baru atau inovatif yang dikenalpasti dalam pasaran. Perubahan pasaran menawarkan pelbagai peluang untuk dimanfaatkan dalam perniagaan. Ini menjadikan perniagaan lebih kompetitif berbanding pesaing utama serta boleh bergerak dalam pasaran baru. Dobi Hawa juga mempunyai peluangnya yang tersendiri untuk mengembangkan perniagaannya di mata masyarakat supaya pelanggan lebih mengetahui tentang kewujudan Dobi Hawa ini.

3.3.1 Mempelbagaikan servis yang disediakan
Dobi Hawa mempunyai peluang yang tinggi untuk Berjaya jika kedai dobi ini mempelbagaikan servis yang disediakan kepada pelanggan. Perniaagaan dobi masa kini adalah berteraskan layan diri. Dobi hawa dapat mengambil ruang dan kesempatan ini mempelbagaikan servis mereka. Antara servis yang perlu dipelbagaikan ialah seperti penghantaran baju yang telah siap dibasuh. Selain itu dobi hawa perlu melakukan servis mengambil baju kotor di rumah. Jika servis ini dijalankan pasti ramai lagi pelanggan yang melanggan servis Dobi Hawa dan perniaagannya dapat dikenali di mata masyarakat

3.3.2 Peluang untuk dikomersialkan
Perniagaan ini dijangka akan dapat dikomersialkan seperti perniagaan lain di pasaran. Ia berhubungan dengan servis cucian dan servis cucian menjadi perintaan ramai terutamya bagi mereka yang bekerjaya, tidak mempunyai cukup masa dan memiliki keluarga yang besar. Mereka pasti amat memerlukan servis yang dapat membantu mereka menyelesaikan masalah mereka. Apabila hari minggu pasti mereka akan mencari servis yang betul-betul bagus untuk mencuci pakaian mereka di samping membantu mereka. Dengan ini imej perniaagaan akan diperkenalkan kepada umum untuk menarik minat pelanggan.

3.3.3 Perkembangan secara online
Perniagaan online yang semakin mendapat perhatian adalah satu peluang kepad perniagaan untuk terus berkembang. Pelanggan boleh melayari laman sesawang yang disediakan untuk mereka membuat tempahan dengan cepat atau melihat produk terkini yang ditawarkan. Dobi Hawa mempunyai peluang untuk membuat perniagaan secara online dimana untuk lebih menjadikan dobi hawa ini lebih dikenali oleh umum. Dobi hawa boleh menyediakan satu laman khas untuk tempahan mencuci dan satu laman tentang info perniagaan Dobi Hawa ini. Dengan ini pelanggan pasti teruja untuk mencuba servis yang disediakan oleh Dobi Hawa.

3.4 ANCAMAN
Ancaman ialah sebarang kemungkinan yang melibatkan faktor-faktor luaran yang boleh mengganggu pergerakan dan kemajuan organisasi. Sesuatu persekitaran luaran juga boleh member ancaman kepada organisasi syarikat atau perniagaan. Ancaman merupakan suatu keadaan yang mengancam dari luaran organisasi. Analisis ancaman lebih kea rah menilai apakah halangan yang bakal ditempuhi kelak. Dalam analisis SWOT, ancaman merujuk kepada pengurusan risiko. Secara tidak langsung kita dapat menentukan jalan terbaik bagi mengatasi sesuatu masalah atau halangan yang timbul. Dengan adanya analisis ini, sesuatu perancangan dapat berjalan dengan lancar dan sesebuah organisasi perlu mengenal pasti serta menyenaraikan ancaman serta faktor pengalang kejayaan.

3.4.1Pesaing baru
Perniagaan ini juga akan bersaing dengan pasaran baru. Jika pasaran ini wujud dan berjaya pesaing baru yang memasuki pasaran merupakan ancaman kepada perniagaan. Di sini pelbagai strategi perlu diwujudkan bagi memastikan Dobi Hawa tetap menjadi pilihan utama pelanggan. Dobi Hawa mengahdapi ancaman daripada wujudnya pesaing baru yang kini wujud. Kesannya pelanggan mereka mungkin hilang disebabkan wujudnya pesaing baru. Di taman Medan ini dilihat banyak kedai dobi yang baru dibuka dan rata-ratanya dapat menarik perhatian pelanggan baru yang ingin mencuba

3.4.2 Kuasa dan kekuatan pesaing yang ada

Persaingan dengan perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama merupakan ancaman yang dihadapi. Pesaing yang telah lama berada di pasaran mempunyai pelbagai strategi untuk memantapkan perniagaan mereka. Nama perniagaan yang telah dikenali umum menyebabkan persaingan sengit kepada Dobi Hawa. Dobi Hawa perlu bersaing dengan kedai dobi yang sudah lama beroperasi berbanding Dobi Hawa. Pasti mereka yang telah lama beroperasi akan mempunyai pelanggan yang tetap, dikenali oleh semua pelanggan dan ramai pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka. Dobi Hawa perlu bijak merancang strategi untuk mengatasi masalah ini. Dobi Hawa perlu mengambil langkah memantapkan operasi untuk bersaing dengan pesaing yang sudah lama ada di Taman Medan ini.

                                 RAJAH 2: ANALISIS SWOT



3.5 MASALAH SEMASA YANG DIHADAPI OELH DOBI HAWA

3.5.1 Pesaing yang banyak
Pesaing merupakan masalah semasa yang dihadapi oleh Dobi Hawa. Setiap perniagaan mempunyai pesaingnya yang tersendiri dan tiada perniagaan yang tidak mempunyai pesaing. Industri perniagaan di Malaysia memang maju dan pesat tidak kira perniagaan apa sekalipun. Perniagaan dobi juga tidak ketinggalan dalam kepesatan industri perniagaan di Malaysia dan terdapat banyak pesaing untuk industri ini. Perniagaan Dobi Hawa juga tidak ketinggalan dalam mempunyai pesaing. Pesaing Dobi Hawa juga dalam kategori dobi dan ini merupakan masalah besar dan masalah semasa bagi perniagaan Dobi Hawa. Pesaing yang terlalu banyak menyebabkan Dobi Hawa perlu bersaing dengan kuat antara mereka untuk memstikan yang pelanggan akan datang kepada mereka.

3.5.2 Lokasi
Pemilihan lokasi perniagaan amat penting untuk sesebuah perniagaan. Dobi hawa terletak di kawasan taman namun ramai tidak menyedari tentang kewujudan dobi ini. lokasinya yang tersorok di sebalik rumah menyebabkan Dobi Hawa kurang dikunjungi oleh pelanggan. Lokasi seharusnya dapat dilihat oleh semua agar Dobi hawa dikunjungi oleh pelanggan. Lokasi yang strategik akan membuatkan sesebuah perniagaan itu dilihat dan dikunjungi. Dobi hawa juga tidak menampal sebarang bena ataupun papan tanda perniagaan dobi mereka dan kerana itulah dobi mereka kurang mendapat sambutan oleh orang ramai. Lokasi Dobi Hawa juga bukan lokasi yang menjadi jalan utama untuk penduduk dan tersorok daripada pandangan.

3.5.3 Simpan kira dan pengurusan am.
Simpan kira dan pentadbiran am memainkan peranan yang penting bagi setiap organisasi termasuk Dobi Hawa. Walaupun hanya sebuah perniagaan dobi dengan adanya sistem perakaunan dan rekod-rekod yang betul yang ianya boleh ‘keep track’ rekod jualan dan dengan adanya rekod-rekod yang tertentu kita dapat memastikan tiada penipuan yang dilakukan oleh pekerja. Perniagaan Dobi hawa tiada mesin pembayaran tunai yang dapat merekod jualan. Pembayaran bagi kedai ini adalah secara manual di mana pelanggan membayar kepada pekerja dan tiada rekod untuk merekod keuntungan pada hari itu.

3.6 POTENSI MASALAH YANG BAKAL DIHADAPI OLEH DOBI HAWA
3.6.1 Pemasaran
Pemasaran menjadi potensi masalah yang bakal dihadapi oleh Dobi Hawa kerana keputusan yang dibuat dalam aspek pemasaran selalunya mempengaruhi usaha usahawan dalam merancang, menjalankan dan menguruskan perniagannya. Pemasaran adalah beberapa siri aktiviti perniagaan yang direka bentuk untuk memuaskan keperluan dan kehendak pengguna dan pada masa yang sama memberi keuntungan. Perniagaan hari ini hendaklah berorientasikan pemasaran. Terdapat banyak syarikat yang muflis kerana pemiliknya tidak mempunyai pengetahuan yang cukup dalam menangani pasaran yang sentiasa berubah. Pemasaran dikaitkan dengan pengguna di mana pengguna dianggap sebagai raja. Apa yang penting ialah syarikat hendaklah memahami apa yang membuat pengguna rasa puas dan tugas peniaga ialah untuk cuba memuaskan kehendak dan keprluan pengguna dengan sebaik mungkin. Justeru itu konsep pemasaran ialah ‘perniagaan hendaklah wujud untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna supaya boleh mendapat keuntungan. Jika pemasaran tidak dibuat dengan kerap maka potensi masalah yang akan melanda Dobi Hawa akan terjadi.

3.6.2 Wakil khidmat pelanggan

Syarikat Dobi Hawa tidak memberi penekanan di bahagian khidmat kaunter/khidmat pelanggan. Kakitangan yang diletakkan di kaunter tidak mesra pelanggan dan sombong. Perlu diingatkan bahawa kakitangan yang ditempatkan di bahagian kaunter memainkan peranan yang penting di setiap organisasi/perniagaan. Komunikasi antara kakitangan dan pelanggan mencerminkan imej perniagaan. Antara ciri-ciri yang perlu ada dalam dalam pekerja Dobi Hawa ialah mampu mengawal situasi dalam apa jua keadaan apabila berhadapan dengan pelanggan. Pekerja di Dobi Hawa perlu mempunyai etika dan sikap ramah pelanggan supaya pelanggan mudah untuk berurusan dengan mereka yang ada di kaunter. Apabila ini berlaku segala urusan berkenaan cucian baju akan menjadi lancar dan teratur tanpa ada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku.

3.6.3 Pengetahuan dan latihan

Pengetahuan dan latihan merupakan sesuatu yang penting dalam apa juga yang kita lakukan. seperti perniagaan dobi hawa yang memerlukan pengetahuan dan latihan kepada pekerjanya untuk menguruskan mesin di kedai dobi tersebut. Pengetahuan yang luas tentang mesin yang digunakan perlu supaya tidak timbul kesulitan untuk menggunakannya. Pengetahuan dan latihan akan menjadi masalah yang bakal dihadapi kerana jika terdapat pekerja lama yang berhenti kerja maka akan ada pekerja baru yang akan menggantikannya. Pekerja baru ini mungkin tidak mempunyai pengetahuan untuk menggunakan mesin tersebut dan ini akan menjadi satu masalah yang besar kepada syarikat Dobi hawa. Pekerja baru ini mungkin kurang kecekapan dan ilmu tentang mesin dobi dan disini latihan kepada pekerja tentang penggunaan mesin amat penting. Pengusaha perlu memberi latihan yang sewajarnya kepada pekerja untuk menimba pengalaman baru tentang peralatan yang ada di Dobi Hawa seterusnya dapat melakukan tugas dengan baik sekali.

3.6.4 Pembelian mesin dan peralatan

Pada masa kini terdapat pelbagai jenama bagi mesin dan peralatan bagi perniagaan dobi dan cucian kering dengan pelbagai harga. Harga untuk setiap mesin berbeza mengikut jenis mesin. Potensi masalah yang akan tejadi apabila terdapat mesin yang rosak dan perlu pembelian baru. Kerosakan ini tidak akan terjadi pada masa kini namun ia akan terjadi pada masa akan datang dan ini akan menjurus kepada potensi masalah yang bakal dihadapi oleh Dobi Hawa. Harga mesin juga tidak murah kerana ia direka khas untuk kegunaan industri dan digunakan untuk kegunaan kapasiti yang besar. Pengiraan perlu dilakukan untuk memastikan pembelian, mesin baru menepati bajet untuk pembelian mesin yang telah ditetap



                                             RAJAH 3: FISH BONE 
                           POTENSI MASALAH YANG DIHADAPI OLEH DOBI HAWA


                                           

                                        RAJAH 4: FISH BONE 
                        MASALAH SEMASA YANG DIHADAPI