BAB
1
INDUSTRI
DOBI
1.0
INDUSTRI DOBI
Pengetahuan merupakan
asas penting bagi seseorang usahawan sebelum menceburi dunia perniagaan.
Pengetahuan tidak hanya pada asas perniagaan secara amnya tetapi juga asas
didalam bidang perniagaan yang menjadi pilihan. Manakala pengalaman merupakan
pembelajaran yang paling baik dan berkesan bagi seorang usahawan. Perniagaan
dobi merupakan sebuah perniagaan yang sedang berkembang dengan pesatnya. Ini terjadi
kerana terdapatnya permintaan bagi perkhidmatan yang ditawarkan. Ini terdorong
atas beberapa faktor antaranya adalah kesuntukan masa dan faktor cuaca.
Kesuntukan masa yang
dimaksudkan di sini adalah ekonomi Malaysia kebelakangan ini membangun dengan
pesatnya. Dan ini secara tidak langsung telah mengubah cara hidup masyarakat
Malaysia yang semakin sibuk memenuhi tuntutan kerja dan sosial. Manakala faktor
cuaca yang tidak menentu juga mendorong kepada pertumbuhan kepada perniagaan
dobi. Membuka perniagaan dobi dilihat sebagai trend bagi kebanyakan usahawan.
Banyak pusat dobi dibuka, dan telah menjadi satu pemandangan yang biasa apabila
dalam satu kawasan perumahan terdapat lebih daripada satu kedai dobi. Usahawan
menganggap perniagaan dobi sebagai satu perniagaan yang mudah untuk dijalankan,
memberi keuntungan yang tinggi, memerlukan kos permulaan dan kos operasi yang
rendah serta usahawan tidak memerlukan kemahiran atau kepakaran dalam mengawal
operasi perniagaan.
Untuk membuka khidmat
dobi, pengusaha perlu fikirkan apakah jenis dobi yang ingin dimulakan.
Keputusan pemilihan akan bergantung kepada situasi kewangan dan faktor
geografi. Strategi pemasaran juga perlu diambil kira dalam menentukan jenis
dobi yang mereka mahu mulakan. Jika bukan dobi layan diri atau coin operated,
mereka boleh memilih sama ada dobi lengkap ataupun hanya pick-up station.
·
Dobi lengkap – Segala operasi dobi
akan dibuat di dalam satu kedai dari penerimaan tugas, tagging, sorting, lipat
dan bungkus, menggosok dan juga cucian kering atau aquawash. Sangat
menyenangkan untuk membuat semua operasi di dalam satu tempat kerana ia dapat
mengurangkan kekeliruan pakaian. Melayan pelanggan juga menjadi lebih mudah,
lagi-lagi kalau ada permintaan khas atau aduan yang boleh ditangani dengan segera,
selain mampu untuk menyediakan perkhidmatan siap untuk satu hari. Mereka juga
tidak perlu mempunyai pekerja yang hanya menunggu pelanggan. Pekerja yang
bertugas dibelakang kaunter untuk membasuh atau menggosok boleh melayan
pelanggan. Walaubagaimanapun, menyewa ruang yang besar untuk operasi menjadikan
overhead yang besar kerana pembayaran
sewa yang tinggi.
·
Pick-up station – mereka menerima
tugas dobi di satu tempat, dan melaksanakan khidmat dobi tersebut di tempat
yang lain. Tempat yang lebih strategik boleh dijadikan tempat operasi. Bagi
yang kekurangan modal, mereka boleh menggunakan rumah sendiri untuk tempat
operasi. Dengan keperluan ruang yang kecil untuk tempat penerimaan, maka mereka
boleh memilih tempat yang selalu dilawati oleh potential customer tanpa perlu membayar sewa yang tinggi. Tempat
penerimaan yang kecil, tidak bermakna jualan juga kecil. Penambahan cawangan
juga mudah kerana mereka tidak memerlukan modal yang besar untuk membuka pick-up station yang baru.
Walaubagaimanapun, pick-up station tidak dapat memberikan
khidmat yang cepat melainkan mereka melabur untuk alatan tertentu bagi
membolehkan operasi tertentu di pick-up
station. Pada kebiasaannya,
menggosok dilakukan di pick-up station, dengan ini masa pekerja yang menunggu
pelanggan tidak dibazirkan begitu sahaja. Pick-up
station tidak dapat memberikan perkhidmatan basuhan atau cucian kering yang
cepat. Model perniagaan pick-up station
ini juga memerlukan pengusaha mempunyai sekurang-kurangnya dua cawangan.
Cawangan pertama ialah tempat operasi, ini menjadikan pengurusan kedai dan
pekerja lebih kompleks, berbanding mempunyai hanya satu dobi lengkap.
Setelah diteliti Dobi
Lengkap adalah jenis perkhidmatan dobi yang paling digemari oleh pengusaha atau
usahawan di Malaysia. Setelah dianalisis sebanyak 60 peratus menunjukkan jenis
Dobi Lengkap yang paling digemari oleh usahawan Malaysia manakala 40 peratus
lagi menunjukkan Pick-Up Station Dobi. Hal ini kerana Dobi Lengkap adalah jenis
dobi yang dapat memudahkan pekerja melakukan tugas cucian mereka manakala jenis
Pick-Up Station pula menyukarkan dan melambatkan pekerja melakukan tugas
mereka.
Jika dilihat pada
zaman ini dianggarkan lima buah kedai dobi secara purata akan dibuka didalam
satu kawasan berikutan terdapatnya permintaan bagi perkhidmatan yang
ditawarkan. Tetapi tidak kurang juga terdapat banyak kedai dobi yang tutup
tidak sampai tempoh satu tahun usia perniagaan. Hal ini terjadi atas beberapa
faktor iaitu pertama, melihat perniagaan dobi sebagai satu perniagaan yang
mudah dengan membandingkan basuhan rutin dirumah, kedua, hanya melihat
perniagaan dobi dari aspek keuntungan yang bakal diperolehi, ketiga, melihat
perniagaan dobi sebagai satu perniagaan atau pendapatan sampingan, keempat,
kurang persediaan dari segi modal, pengetahuan, pengurusan am dan akaun
syarikat, kelima, kurang memberi penekanan didalam aspek operasi harian
perniagaan, pengurusan am dan akaun syarikat, dan yang keenam, kurang memberi
penekanan didalam aspek pemasaran dan promosi.
Pemilihan mesin dan
peralatan yang betul merupakan aspek penting bagi perniagaan dobi. Ianya
bergantung kepada jenis perniagaan dobi yang ingin diceburi samaada dobi runcit
atau dobi komersial dan jenis perkhidmatan yang ingin ditawarkan oleh usahawan
kepada pelanggan. Memilih jenama dan kapasiti mesin dan peralatan juga adalah
penting. kesilapan didalam pemilihan mesin dan peralatan dobi boleh mendorong
kepada tempoh pulangan modal akan menjadi lebih panjang daripada kebiasaan,
membataskan aspek pemasaran, dan akan terdapat lambakan pada basuhan berikutan
tiada kapasiti mesin dan peralatan yang bersesuaian.
Oleh itu, bakal
usahawan disarankan untuk memahami akan perniagaan dobi, jenis perkhidmatan
yang ingin ditawarkan, jenis pemasaran yang ingin ditawarkan dan kepada siapa
perkhidmatan ini ingin ditawarkan sebelum membuat sebarang pembelian mesin dan
peralatan agar tidak berlaku kerugian dimasa akan datang.
No comments:
Post a Comment