Welcome


Tuesday, May 20, 2014

2.0 PROFIL PERNIAGAAN


BAB 2
PROFIL PERNIAGAAN

2.1 PENGENALAN
Perniagaan wujud apabila manusia mengkhususkan dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan yang mereka berkemahiran dan cekap. Perniagaan banyak memberi faedah kepada manusia kerana aktiviti-aktiviti perniagaan dapat memenuhi kehendak dan keperluan manusia dengan menyediakan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan sama ada di dalam negara atau diimport dari luar negara. Selain itu, perniagaan juga menjanakan keuntungan yang menggalakkan manusia berkecimpung dan mengembangkan perniagaan pulangan kepada pemilik-pemilik yang sanggup menghadapi risiko daripada pelaburan wang dan masa mereka. Salah satu perniagaan yang sering mendapat perhatian para usahawan adalah perniagaan dobi. Usahawan menganggap bahawa perniagaan dobi sebagai satu perniagaan yang mudah untuk dijalankan, memberikan keuntungan yang tinggi dan memerlukan kos permulaan serta kos operasi yang rendah.

2.2 LATAR BELAKANG
Nama Perniagaan       :           Dobi Hawa Enterprise
Alamat Berdaftar        :          PJS/2 Lorong 5 Taman Medan,46700 Petaling Jaya, Selangor
Tarikh penubuhan       :           1 April 2012
Jenis perniagaan          :           Perniagaan Milikan Tunggal
No. Telefon/Fax          :          0173669276
Alamat Email               :           delima@bursamalaysia.com
Nama Pemilik              :           Delima binti Abdul Razak
Modal Awal                 :           RM40, 000.00

Dobi Hawa Enterprise adalah sebuah kedai dobi yang telah didaftarkan secara rasmi pada 1 April 2012 dan merupakan perniagaan milikan tunggal milik Bumiputera. Adalah menjadi hasrat peniaga untuk turut serta di dalam perkembangan ekonomi kaum bumiputera menyumbang kepada ekonomi negara. Aktiviti perniagaan ini adalah menyediakan perkhidmatan kedai dobi seperti cucian kering dan cucian basah, menggosok dan melipat pakaian. Penawaran perkhidmatan ini khususnya ditujukan pada pelanggan yang bekerja sepenuh masa dan tiada masa untuk menguruskan aktiviti dobi di rumah dan tumpuan pada hotel atau kilang yang menggunakan perkhidmatan dobi.

 Pemilik perniagaan dobi ini adalah seorang wanita yang bernama Puan Delima bt Abdul Razak. Beliau telah melaburkan modal sendiri sebanyak RM40,000. Beliau tidak mendapatkan modal permulaan dari sebarang institusi pinjaman seperti bank kerana perniagaan adalah pemilikan tunggal yang tidak memerlukan modal yang banyak. Oleh itu, beliau mampu untuk menanggung modal permulaan tersebut. Melalui modal ini, pemilik dapat memulakan perniagaan dengan membeli trat tetap dan keperluan lain untuk menjalankan perniagaan. Pemilik telah membelanjakan sebanyak RM10,000 dalam pembelian mesin dan peralatan yang dibeli terus daripada pengedar utama. Namun begitu, sekiranya berlaku kerosakan pada mesin, pemilik akan menanggung perbelanjaan kos untuk membaiki mesin tersebut bergantung pada bahagian kerosakan.

Dobi Hawa juga telah membuka dua cawangan baru di sekitar Kuala Lumpur dalam tempoh tiga tahun. Ini membuktikan bahawa Dobi Hawa telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dari pelanggan yang menggunakan perkhidmatan dobi ini. Kedai dobi ini terletak di tempat yang trategic iaitu di kawasan perumahan dan deretan kedai. Selain itu, premis dobi ini mempunyai ruang letak kereta yang baik bagi memudahkan pelanggan keluar dan masuk dari premis dobi. Kedudukan kedai yang berada di tempat tumpuan orang ramai dan berada berdekatan kawasan perumahan serta kemudahan perkhidmatan yang disediakan menjadikan kedai dobi ini maju dan mampu meningkatkan keuntungannya.


No comments:

Post a Comment