Welcome


Tuesday, May 20, 2014

4.0 STRATEGI PERNIAGAAN DOBI


BAB 4
ANALISIS STRATEGI KEDAI DOBI HAWA

4.1 STRATEGI ASAS YANG DILAKSANAKAN OLEH KEDAI DOBI HAWA

4.1.1 Pemilihan jenis perniagaan
Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum memulakan perniagaan dobi. Sekiranya mempunyai pilihan, maka seseorang usahawan boleh memilih jenis perniagaan sama ada perniagaan sendiri ataupun francais, ianya bergantung kepada modal masing-masing. Sekiranya memilih untuk membeli perniagaan dobi daripada pengusaha yang sedia ada, kaji terlebih dahulu mengapa pengusaha itu ingin menjual perniagaannya. Mesin-mesin yang terdapat didalam premis tersebut juga perlulah dikaji dan melakukan pengiraan susut nilai. Pastikan harga yang ditawarka berbaloi dengan keadaan premis dan mesin-mesin yang ada.
4.1.2 Bantuan kursus dan dana kewangan

Dalam aspek bantuan kursus dan dana kewangan pula, terdapat beberapa pilihan, antaranya seperti MARA, Tekun, SME Bank, PUNB dan sebagainya. Ada juga syarikat persendirian yang menawarkan kursus untuk pengusaha dobi, namun perlulah melakukan sedikit sebanyak kajian tentang kursus yang ditawarkan. Ada kursus yang memerlukan yuran yang mahal, namun apa yang diterangkan hanyalah asas untuk memulakan perniagaan. Dan kebiasaannya, pada sebelah petangnya masa peserta kursus akan ‘diisi’ dengan lawatan ke kedai-kedai dobi untuk melihat secara praktikal cara pengendalian kedai dobi.

 4.1.3 Pemilihan lokasi yang strategik

Pemilihan lokasi yang strategik dilihat sebagai salah satu faktor penting menentukan sama ada perniagaan dobi tadi akan mendapat sambutan ramai atau tidak. Kebiasaannya usahawan dobi akan memilih kawasan perumahan ataupun kawasan yang terdapat ramai pelajar menetap, seperti di sekitar kawasan universiti ataupun kolej. Pengusaha juga perlu memastikan premis dobi mempunyai ruang letak kereta yang mencukupi bagi memudahkan pelanggan mereka. Ada premis yang terletak dalam kawasan bangunan pejabat akan mengalami masalah kekurangan tempat letak kereta, memaksa pelanggan mereka berjalan jauh membawa toto atau pakaian yang perlu dicuci.
Selain itu, satu senario yang biasa juga berlaku apabila kedai dobi berkongsi premis dengan kedai lain bagi menjimatkan kos penyewaan. 

4.1.4 Pembelian mesin dan peralatan

Pembelian mesin dan peralatan juga dianggap penting untung memastikan untung yang maksimum. Untuk mendapatkan harga yang terbaik lebih baik dibeli terus daripada pengedar utama. Elakkan daripada membeli dari ejen atau orang tengah yang akan mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Mesin basuh yang digunakan perlulah direka untuk kegunaan industry dan tahan lasak. Namun begitu, selain mesin basuh industry ini ada juga pengusaha yang membeli 1-2 mesin basuh seperti yang digunakan di rumah untuk pakaian pelanggan yang dalam kuantiti yang sedikit, seterusnya menjimatkan penggunaan elektrik dan air. Bagi pengusaha yang mempunyai modal yang lebih, bolehlah membeli mesin cucian kering, namun begitu bagi mereka yang tidak mampu, mereka boleh mengambil pakaian tadi lalu mengahantar ke kedai dobi lain yang menwarkan khidmat cucian kering. Pengusaha juga harus melakukan sedikit kajian sebelim melakukan penetapan harga. Pastikan harga yang diberi, mengikut tahap perkhidmatan dan berdaya saing dengan pengusaha dobi yang lain.



4.2 STRATEGI YANG SESUAI UNTUK KEDAI DOBI HAWA
4.2.1 Mengkaji tentang suasana dan kedudukan

Kedai Dobi Hawa perlu mengkaji tentang latar dan faktor kedudukan tempat premis mereka. Jika ia merupakan kawasan yang didiami pelajar dan pekerja, membuka kedai dobi adalah cadangan yang baik. Kerana golongan seperti ini lebih cenderung untuk menghantar pakaian yang kotor ke kedai dobi dari dicuci sendiri. Selain itu, kawasan seperti ini dapat meningkatkan keuntungan dalam perkhidmatan Dobi Hawa. Oleh itu, sesuatu kawasan itu perlu dikaji terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan, seperti yang dilakukan oleh kedai dobi hawa yang terletak di tengah-tengah perumahan Taman Medan yang mempunyai kependudukan masyarakat yang ramai.

4.2.3 Mengupah pekerja yang boleh dipercayai

Setelah mempunyai kedudukan yang baik dalam perniagaan yang diceburi pasti seseorang pengusaha ingin meluaskan lagi perniagaan. Kedai Dobi Hawa perlu memperluaskan lagi perniagaannya dengan membuka lebih banyak cawangan baru. Membuka cawangan baru sudah semestinya memerlukan lebih ramai pekerja untuk menguruskannya. Maka pengusaha perlu mengupah orang yang boleh dipercayai untuk memastikan perniagaan yang diusahakan selama ini tidak dirosakkan mana-mana pihak yang mencuba untuk menjatuhkan mereka. Mungkin pengusaha dobi hawa boleh mengupah jiran yang telah lama dikenali sebelum memulakan perniagaan itu atau juga mengupah kawan-kawan yang sudah pengusaha maklum dengan hati budi mereka. Jika tidak, perniagaan akan musnah berikutan ada pihak yang iri hati dengan kesenagan dan kemewahan yang dikecapi. Oleh sebab itu, pengusaha perlu menjalinkan perhubungan yang baik dan tidak bermusuh dengan sesiapa agar selamat dan perniagaan terus maju.

 4.2.3 Mendengar dan mengikuti kemahuan pelanggan

Pihak yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah perniagaan itu adalah pelanggan dan orang ramai. Maka hasrat dan kemahuan mereka perlu diambil kira dan tidak boleh dipandang ringan. Jika tidak pelanggan akan lari dan perniagaan yang aka mengalami kerugian kerana gagal memenuhi kehendak mereka. Sekurang-kurangnya kehendak pelanggan memberikan kita sesuatu yang baru untuk dicuba dalam dunia perniagaan.

4.2.4 Pengusaha perlu bijak dan kreatif


Pengusaha dobi juga perlu bijak dan kreatif agar perniagaannya sentiasa maju dan berkembang. Mereka juga perlu sering mengutamakan mutu perkhidmatan yang diberikan. Baju yang dibasuh mestilah wangi digosok dengan licin dan janganlah sehingga nampak ‘double line’. Ramai juga antara usahawan yang tidak hanya menunggu di kedai-kedai dobi mereka, tetapi pada masa yang sama melakukan khidmat penghantaran dan pengambilan pakaian dari rumah ke rumah. Ada juga yang mengadakan promosi dengan potongan harga untuk pelanggan tetap. Bagi pengusaha yang lebih berkeyakinan, bolehlah cuba mendapatkan tender-tender daripada pihak kerajaan, hotel-hotel, kilang ataupun syarikat swasta.

No comments:

Post a Comment