BAB
5
CADANGAN
PERNIAGAAN
5.1
STRATEGI YANG SESUAI UNTUK KEDAI DOBI HAWA
i.
Mengkaji
tentang suasana dan kedudukan kedai
ii.
Mengupah
pekerja yang boleh dipercayai
iii.
Mendengar
dan mengikuti kemahuan pelanggan
iv.
Pengusaha
perlu bijak dan kreatif
5.2 PERLAKSANAAN
STRATEGI
Pengguna
masa kini mempunyai kesedaran yang lebih matang terhadap nilai produk dan
perkhidmatan yang mereka gunakan. Mereka menuntut kualiti produk dan
perkidmatan yang terbaik berbanding dengan harga yang mereka bayar. Selain itu,
mereka juga mempunyai alternative yang luas untuk memilih penjual yang
menawarkan produk dan perkhidmatan dengan nilai yang terbauk kepada mereka.
Justeru, adalah menjadi cabaran kepada setiap organisasi yang menawarkan produk
atau perkhidmatan supaya lebih komited terhadap isu meningkatkan kualiti
perkhidmatan.
Secara
umum, semua pihak memainkan peranan dalam meningkat kualiti perkhidmatan di sesebuah
perniagaan. Perkhidmatan pelanggan merupakan keupayaan organisasi dalam
menyempurnakan penyampaian produk kepada pelanggan, dan ianya adalah
tanggungjawab semua unit di organisasi. Tumpuan perlu diberikan kepada
pelanggan melalui cara customer-driven
dimana organisasi perlu mengintegrasikan kesemua fungsi perniagaan kearah
memenuhi setiap keperluan pelanggan. Dalam kontek perniagaan Dobi Hawa ini,
pemilik dan pekerja perlu bertindak mengikut tanggungjawab masing-masing bagi
meningkatkan perkhidmatan dobi di kedai tersebut. Strategi yang dipilih
difokuskan pada infrastuktur, pekerja, pelanggan dan pemilik kedai itu sendiri.
5.3 MENGENALPASTI ALIRAN
ATAU LANGKAH PELAKSANAAN
Bagi
mencapai strategi tersebut, kedai Dobi Hawa mestilah dilengkapi dengan kriteria
serta memenuhi keperluan tertentu sebagai pemangkin dalam meningkatkan serta
mengekalkan kualiti perkhidmatan dobi yang ditawarkan kepada pelanggan. Antara
kriteria dan keperluan tersebut adalah:
i.
Kepimpinan
Pemimpin merupakan
ketua atau peneraju dalam sesuatu institusi sama ada institusi kecil mahupun
besar dimana terdapat golongan yang dipimpin dibawahnya. Sifat kepimpinan amat
penting dalam sesebuah perniagaan bagi menguruskan dan menentukan perjalanan sesebuah
perniagaan tersebut. Sifat kepimpinan seperti adil, amanah, sentiasa membuat
keputusan secara teliti serta mendengar setiap pendapat orang lain perlu
dimiliki dalam diri seseorang usahawan. Dalam perniagaan Dobi Hawa ini,
pemiliknya iaitu Puan Delima perlu mempunyai sikap yang adil, amanah, bersikap
terbuka, berani dan bersedia menanggung risiko, dan sentiasa berfikiran positif
agar dapat memotivasikan diri sendiri serta para pekerja untuk meningkatkan
prestasi kerja. Di samping itu, pemilik juga mesti mempunyai sikap
bertanggungjawab. Nilai ini dapat menjamin seseorang pemimpin tersebut
menjalankan tanggungjawab kepimpinannya dengan telus. Sebagai pemilik yang
bertanggungjawab, pemilik akan bertanggungjawab ke atas setiap tindakan serta
arahan yang dikeluarkan terhadap yang dipimpin. Segala keputusan akhir daripada
kepimpinan beliau haru sditerima dengan terbuka. Selain itu, pemiliknya juga
perlu membuat penilaian terhadap pelaksanaan tugas dan tanggungjawab serta
memiliki tahap-tahap pencapaian dan natijah atau hasil usahanya. Tujuan
penilaian ini dibuat adalah untuk mencari kelemahan yang boleh dibaiki serta
ditinggalkan bagi melihat kejayaan yang boleh berkembang.
ii.
Kefahaman keperluan
pelanggan
Setiap perniagaan
bermula dari wujudnya keperluan dan kehendak pelanggan terhadap sesuatu barang
atau perkhidmatan. Keperluan merupakan sesuatu yang asas yang mesti diperolehi,
dimiliki dan digunakan dalam kehidupan
seseorang. Oleh itu, apabila seseorang usahawan menceburi sesuatu bidang
perniagaan maka mereka memerlukan pelanggan bagi menggerakkan dan meningkatkan
keuntungan perniagaan mereka. Bagi Dobi Hawa ini, pemilik perlu mengenalpasti
dan memahami apa yang diperlukan oleh pelanggan supaya mampu memenuhi keperluan
tersebut dengan tepat dan dapat menawarkan perkhidmatan dobi dengan lebih baik
dan berkesan. Melalui pemahaman tentang
keperluan dan kehendak pelanggan, pemilik dapat mengenalpasti sebarang
kelemahan yang perlu diatasi dan kekuatan yang dapat meningkatkan prestasi
perniagaan dobi ini.
iii.
Fasiliti yang sempurna
Kesempurnaan
dari aspek fasiliti seperti peralatan, mesin, dan lain-lain lagi yang
bersesuaian dan bertepatan dengan perkhidmatan dobi adalah sangat penting bagi
membolehkan pekerja melaksanakan tanggungjawab dan tugas mereka dengan
sempurna. Di samping itu, kelengkapan yang sempurna dapat meningkatkan mutu
kerja pekerja supaya lebih efisen, cekap, cepat dan sistematik serta memberikan
semangat kepada mereka untuk terus bekerja kerana segala kelengkapan telah
tersedia. Apabila kelengkapan telah lengkap, maka tiadanya masalah seperti
ponteng kerja, penangguhan kerja dan sebagainya. Justeru itu, kedai dobi dapat
meningkatkan keuntungan kedai hasil dari kecekapan dan kesempurnaan kelengkapan
yang telah disediakan.
iv.
Sikap dan komitmen pekerja
Para pekerja perlu
menjalankan tugas yang diberi dengan baik dan sempurna serta mempunyai komitmen
terhadap tanggungjawab yang diberikan kepada mereka oleh pemilik atau ketua.
Selain itu, pekerja mestilah amanah dalam melakukan tugasnya. Pekerja Dobi Hawa
mestilah bersikap amanah kerana pemiliknya telah memberi sepenuh kepercayaan
kepadanya mereka bagi menguruskan kedai dobi tersebut. Di samping itu. mereka
mestilah komited melakukan setiap kerja
atau tugasannya. Walaupun seringkali terdapat pakaian yang perlu di dobi dalam
kuantiti yang banyak, namun mereka mesti melakukannya dengan ikhlas dan
bersungguh-sungguh tanpa adanya sebarang rungutan daripada pekerja. Mereka juga
mestilah bijak dan mudah berinteraksi dengan pelanggan supaya dapat menarik perhatian
dan minat pelanggan untuk melanggani perkhidmatan mereka di masa akan datang.
Melalui sikap dan komitmen pekerja yang baik, perniagaan dobi akan terus maju
dan cemerlang di masa akan datang.
v.
Sistem pemantuan
Pemilik perlu mengamalkan sistem pemantauan yang berkesan
kepada setiap aktiviti dalam penyediaan dan penyampaian perkhidmatan kepada
pelanggan. Pemilik Dobi Hawa perlu memantau sebarang aktiviti dari dalam kedai
mahupun di luar kedai dimana pemilik perlu memantau aktiviti para pekerja sama ada
mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan serta memantau keperluan dan
kehendak para pelangan supaya mereka berpuas hati semasa menggunakan
perkhidmatan dobi yang disediakan. Melalui pemantauan kepada proses dan aktivti
dalaman dan interaksi luaran dengan pelanggan, pemilik dapat memperbaiki segala
kekurangan dan kelemahan yang dihadapai dalam perniagaan dobi ini.
5.4 RASIONAL DAN
PENINGKATAN YANG DAPAT DICAPAI SELEPAS
PELAKSANAAN STRATEGI TERSEBUT.
i.
Meningkatkan prestasi
perniagaan
Melalui strategi yang
dilakukan, perniagaan Dobi Hawa dapat meningkatkan prestasi mereka ke tahap
yang lebih tinggi di samping dapat memperolehi keuntungan yang banyak hasil
daripada perniagaan dobi ini.
perkhidmatan dobi yang diberikan kepada pelanggan akan dijaga dan
dikawal dengan teliti bagi memuaskan kehendak pelanggan. Hal ini disebabkan,
apabila kualiti yang diberi amat baik maka pelanggan akan berpuas hati dengan
perkhidmatan dobi dan perniagaan dapat dimajukan ke peringkat yang lebih baik.
ii.
Mengorak langkah
sebagai kedai dobi yang Berjaya
Perniagaan Dobi menjadi perniagaan yang berjaya
sekiranya mengamalkan strategi yang dengan betul dan berkesan. Kedai dobi
menggunakan perkhidmatan mereka mengikut kemampuan mereka tanpa sebarang
masalah dimana mereka menerima kerja mengikut keupayaan dan kapasiti yang mampu
disiapkan sahaja bagi menjaga kualiti dan memastikan pelanggan menerima
penghantaran pakaian mengikut jadual yang telah ditetapkan serta dengan harga
yag berpatutan. Di samping itu, mereka mengikut dan mematuhi objektif penubuhan
perniagaan tanpa tersasar dari landasan yang betul. Ini akan menjadikan mereka
kedai dobi yang berjaya di masa akan datang dan berada di antara kedai dobi
yang terbaik di Malaysia.
iii.
Menyediakan
perkhidmatan yang cekap, sistematik dan berkesan
Strategi yang berkesan
dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan apabila menggunakan
perkhidmatan yang disediakan di kedai Dobi Hawa ini. Pelanggan dapat menikmati
segala perkhidmatan yang diberi oleh kedai dobi dengan puas, dan tanpa sebarang
gangguan. Apabila perkhidmatan yang cekap, sistematik dan berkesan diberikan
kepada pelanggan maka pelanggan akan kerap menggunakan perkhidmatan yang
diberikan oleh kedai dobi. Kedai Dobi Hawa menghasilkan perkhidmatan yang
berkualiti tinggi dan menangani segala maslah
dan rungutan pelanggan sebagi panduan untuk meningkatkan lagi
pengetahuan dan kepakaran dalam bidang ini. Justeru, kedai Dobi Hawa dapat
meningkatkan keuntungan perniagaan sekaligus dapat memperkenalkan perniagaan
mereka di luar kawasan operasi pada masa sekarang.
iv.
Peningkatan dalam
kualiti
Berdasarkan pada
strategi ini, kedai Dobi Hawa dapat memastikan peningkatan kualiti akan berlaku
sama ada dari segi kualiti pekerja mahupun kualiti perkhidmatan dobi yang
diberikan. Peningkatan kualiti pada pekerja akan mempengaruhi operasi
perniagaan agar berjalankan dengan lancar dan sistematik dimana para pekerja
menjalankan tanggungjawab mereka mengikut ketepatan yang telah diberikan oleh
pemilik mereka. Manakala bagi kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada
pelanggan, servis yang diberikan dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan
apabila menggunakan perkhidmatan dobi ini, Pelanggan akan tertarik dengan
servis yang diberi seperti penggunaan bahasa dan pertuturan yang sopan, layanan
yang baik dan perhatian terhadap permintaan pelanggan. Oleh itu, kedai Dobi
Hawa akan meraih keuntungan yang banyak apabila mereka menjaga kualiti terhadap
pelanggan mereka.
No comments:
Post a Comment